Assalamualaikum and hi..
Nak tahu pasal ilmu pelayaran ?
Belayar ? Best ke belayar ? Ahaa..mesti
lah best. Lagi-lagi bagi orang yang memang minat dengan aktiviti-aktiviti lasak
macam ni. Eh ingat senang ke nak kawal kapal layar tu.. Susah tahu tak? Kene
pandai main dengan angin, ye lah dah nama pun kapal layar..mestilah ada layar
(layar berfungsi untuk menangkap tiupan angin pada kapal tersebut). Haa tapi..
aha ada tapi jugak, hehe.. dengan adanya teamwork spirit dalam diri ahli-ahli
sepasukan semuanya jadi senang. Senang kacang orang cakap (Hey ! nak makan
kacang pun kne usaha jugak tau, usaha nak kupas kulit kacang tu dulu).
Pernah dengar tak program Belia Belayar
? Haa..kalau tak pernah dengar, boleh lah minta tolong dengan Encik Google kalau nak tahu info lebih lanjut yer.. Program Belia Belayar ni tujuannya adalah
untuk memberi pendedahan berkaitan asas pengendalian kapal layar dan aspek
teknikal kepada anak-anak muda (generasi muda) tentang ilmu pelayaran dan juga
untuk mencari bakal-bakal pelayar yang akan mewakili negara kelak.

Di kesempatan yang ada ini, ingin saya
berkongsi serba sedikit ilmu dan pengalaman yang diperoleh semasa turut serta
dalam Program Belia Belayar yang diadakan pada tahun 2015 yang lalu di mana
saya dan rakan-rakan seperjuangan diberi peluang untuk mengendalikan sendiri
kapal layar tersebut dengan dibantu oleh seorang tenaga pengajar yang memang mahir
dalam bidang ilmu pelayaran.
Bagi setiap kapal layar, ahli-ahli nya
perlu memainkan peranan masing-masing dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan
daripada berlakunya sebarang masalah ketika pengendalian kapal layar tersebut.
Seorang ketua akan bertanggungjawab untuk mengarah anak-anak kapal supaya
perjalanan berjalan lancar. Ketua tersebut akan memberi arahan berdasarkan
tiupan angin yang berlaku. Hal ini kerana, jika salah seorang ahli tidak
menjalankan tugas yang diberi dengan sempurna, maka kapal layar tersebut akan
sukar untuk dikawal.
Kapal layar ni ada banyak jenis tau
sebenarnya. Hmm klu nak tahu bolehlah Google eh..saya pun tak berapa tahu
sangat tentang tu. Ye lah Program Belia Belayar tu hanya diadakan satu hari
sahaja. Jadi dalam masa satu hari tu jugak kalau semua benda nak belajar ,
memang tak lah jawabnya. Ilmu pelayaran sangat luas tau. Paling kurang seminggu
dua jugak lah nak kne spend time dalam bilik kuliah (itu pun kalau nak belajar
tentang ilmu pelayaran dengan lebih mendalam le).

Gambar
bersama adik-adik dari SMAJA