Sunday, 14 August 2016

Program Belia Belayar


Assalamualaikum and hi..


Nak tahu pasal ilmu pelayaran ?


Belayar ? Best ke belayar ? Ahaa..mesti lah best. Lagi-lagi bagi orang yang memang minat dengan aktiviti-aktiviti lasak macam ni. Eh ingat senang ke nak kawal kapal layar tu.. Susah tahu tak? Kene pandai main dengan angin, ye lah dah nama pun kapal layar..mestilah ada layar (layar berfungsi untuk menangkap tiupan angin pada kapal tersebut). Haa tapi.. aha ada tapi jugak, hehe.. dengan adanya teamwork spirit dalam diri ahli-ahli sepasukan semuanya jadi senang. Senang kacang orang cakap (Hey ! nak makan kacang pun kne usaha jugak tau, usaha nak kupas kulit kacang tu dulu). 

Pernah dengar tak program Belia Belayar ? Haa..kalau tak pernah dengar, boleh lah minta tolong dengan Encik Google kalau nak tahu info lebih lanjut yer.. Program Belia Belayar ni tujuannya adalah untuk memberi pendedahan berkaitan asas pengendalian kapal layar dan aspek teknikal kepada anak-anak muda (generasi muda) tentang ilmu pelayaran dan juga untuk mencari bakal-bakal pelayar yang akan mewakili negara kelak. 






Di kesempatan yang ada ini, ingin saya berkongsi serba sedikit ilmu dan pengalaman yang diperoleh semasa turut serta dalam Program Belia Belayar yang diadakan pada tahun 2015 yang lalu di mana saya dan rakan-rakan seperjuangan diberi peluang untuk mengendalikan sendiri kapal layar tersebut dengan dibantu oleh seorang tenaga pengajar yang memang mahir dalam bidang ilmu pelayaran. 


Bagi setiap kapal layar, ahli-ahli nya perlu memainkan peranan masing-masing dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang masalah ketika pengendalian kapal layar tersebut. Seorang ketua akan bertanggungjawab untuk mengarah anak-anak kapal supaya perjalanan berjalan lancar. Ketua tersebut akan memberi arahan berdasarkan tiupan angin yang berlaku. Hal ini kerana, jika salah seorang ahli tidak menjalankan tugas yang diberi dengan sempurna, maka kapal layar tersebut akan sukar untuk dikawal.


Kapal layar ni ada banyak jenis tau sebenarnya. Hmm klu nak tahu bolehlah Google eh..saya pun tak berapa tahu sangat tentang tu. Ye lah Program Belia Belayar tu hanya diadakan satu hari sahaja. Jadi dalam masa satu hari tu jugak kalau semua benda nak belajar , memang tak lah jawabnya. Ilmu pelayaran sangat luas tau. Paling kurang seminggu dua jugak lah nak kne spend time dalam bilik kuliah (itu pun kalau nak belajar tentang ilmu pelayaran dengan lebih mendalam le).





Gambar bersama adik-adik dari SMAJA








 

Monday, 8 August 2016

Industrial Training (part 3)



Assalamualaikum and Hi everyone !

Okay jom sambung balik cerita,
Hmm, nak diringkaskan cerita ..lepas dah perkenalkan diri dengan semua staf termasuk doctor vet yang ada, lepas tu barulah kami diajar macam mana, bagaimana dan apa kerja-kerja harian yang kami perlu buat sepanjang bergelar intern di ZVH. So,setiap hari banyak ilmu baru yang boleh dipelajari. Jadi manfaatkan lah masa yang ada tu okay = ) Yang paling penting sekali - Dengar arahan dan jangan degil ye !

Kebiasaannya kalau pergi buat LI, pihak Universiti/kolej akan suruh buat special project di mana student perlu fikir satu project yang berkaitan dengan course yang diambil dan kendalikan project itu dalam tempoh korang berlatihan industri. In my opinion, better you discuss with your supervisor before you start your special project. It is because, usually every agency have their own rules that you must follow. Dan lagi satu, jangan tunggu lama-lama untuk fikirkan apa project yang korang nak buat sebab kite perlu ada backup plan jika plan A tak berhasil, plan B boleh backup. (Nanti saya share mengenai special project yang kami kendalikan okay. Hopefully serba sedikit ianya dapat memberi idea kepada bakal2 student yang nak buat LI di zoo negara..)

Tips yang boleh di praktikkan sebagai pelajar intern di sesebuah agensi :
  • ·         Datang awal ke tempat kerja (punctual).
  •       Jangan malu bertanya jika tidak faham mengenai sesuatu perkara (majikan lebih suka jika anda berani bertanya) 
  •            Saling bertegur sapa dengan semua orang disekeliling.
  •       Jangan melakukan perkara2 yang tidak disenangi majikan (buruk padah nya nanti !)
  •       Maklumkan kepada majikan terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.

      Okay kalau nak cerita panjang2 pun sampai esok tak habis. Tengok gambar lagi best kan . Haha. Jadi di bawah ni serba sedikit gambar yang dapat dikongsi kepada rakan-rakan semua. Nak share semua memang tak boleh lah kan sebab Zoo Negara pun ada procedure yang perlu dipatuhi . Walaupun saya bukan lagi student intern di sana, peraturan tetap kena patuhi k.

Time to feed the painted stork
                                                          
Time to feed them

Okay see you next time. Bye bye