Friday, 23 June 2017

Interview oh interview



Interview kerja 

Assalamualaikum girls and boys !

Di entry ni saya nk share my first experience pergi interview. Firstly, of course lah saya buat sedikit pencarian melalui internet, youtube dan seangkatan dengannya.. ye ah first time kot. Kene lah prepare sikit sebelum nk pergi interview. Pastu ada lah buat sikit script just untuk rujukan time hari kejadian tu nanti. 

      Tips yang boleh dipraktikkan sebelum, semasa and selepas pergi interview:

    # Pemakaian ~ semestinya korang perlu memakai pakaian yang bersesuaian dengan kerja yang dimohon. Contohnya kalau korang mohon jawatan sebagai guru atau kerja2 di pejabat, korang kena lah pakai pakaian yang formal. Tetapi jika korang mohon jawatan yang memerlukan korang memakai pakaian yang mudah untuk bergerak, maka tak perlulah pakai pakaian yang formal, cukuplah sekadar kemas dan tidak terlalu over. Contohnya macam jawatan sebagai pembantu perubatan atau bekerja di ladang2 dimana baju kurung memang sangatlah tidak sesuai.
     
     # Script soalan dan jawapan semasa interview ~ yang ni korang kene lah berusaha sikit. Bak kata pepatah nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Better prepare lah awal.. so nanti takde lah tergagap2 time nak jawab kan. (klu company2 besar selalunya tanya dalam English ..tp depend jugak pada interviewer tu nak soal dlm bahasa ibunda atau pun English)

# Masa ~ masa adalah perkara yang sangat diambil perhatian oleh majikan. Hal ini kerana, melalui masa kita dapat lihat dan menilai seseorang itu sama ada dia boleh buat kerja on time or not .. masa sangat penting wey. Kalau boleh datang lah awal masa hari interview tu ..

# Ucap terima kasih ~ sebelum nak beredar balik tu ucap lah terima kasih dekat interviwer tu. senang je pun, tak memerlukan tenaga yang banyak pun untuk ucap dua patah perkataan tu. 

Masa saya interview tu saya prepare script dalam English. So banyak kali jgaklah practice..supaya tak tergagap time jawab soalan dari interviewer tu nanti. Last2 interviewer tu pakai rojak (English + Bahasa Melayu) so, saya pun apa lagi..pakai rojak jugak lah..haha.

Terus terang saya cakap, pengalaman pertama kali diinterview ni memang sangat2 memberi kesan pada saya. Semua perasaan ada excited, nervous, gembira.. semua ada lah. Tapi memang best. Lagi2 dpt majikan yang sporting, peramah dan baik hati.

Saturday, 7 January 2017

Industrial Training (part 4)

Assalamualaikum and Hi everyone ! 

Now, I would like to share with you all about our special project that had been conducted during our internship at Zoo Negara, Malaysia. 


Antara projek yang kami buat masa praktikal di zoo adalah 'faecal egg count', 'camel with fungal infection' and also 'enrichment for the ape'. Disebabkan kami 3 orang, jadi projek pun kene lah berlainan untuk setiap orang. So, setiap orang akan ‘lead’ satu projek. 


Untuk projek Feacal Egg Count, apa yang kami buat adalah setiap hari, kami akan pergi collect animal’s faecal (in bahasa adalah najis). So after collect their faecal, kami akan masuk lab untuk buat egg counting. Untuk buat egg counting, ada procedure2 yang perlu dipatuhi (to get the best result). To get more information about the procedure or anything related, you all boleh search melalui internet or buku2 yang berkaitan, okay. 

 http://www.wormersdirect.co.uk/equine-wormeggcounts.asp

Seterusnya untuk projek camel (fungal infection), apa yang kami buat adalah setiap hari kami akan pergi spray ubat pada badan unta. Pada saya, ianya adalah pengalaman yang sangat menarik dimana kami dapat mendekati unta tersebut dengan lebih dekat disamping melihat perkembangan yang berlaku pada unta tersebut sepanjang proses perubatan.




    http://sacredcamelgardens.com/wordpress/retreats/retreat-leaders/


Manakala, untuk projek enrichment for the apes, apa yang kami buat adalah melihat perubahan tingkah laku sebelum (pre-enrichment), semasa (peri-enricment) dan selepas (post-enricmet) enrichment diletakkan di dalam ‘cage’ orang utan dan chimpanzee dalam tempoh masa 8 jam (8.30 pagi sehingga 3.30 petang). Memang sukar untuk digambarkan bagaimana perasaan sepanjang mengendalikan projek enrichment ni. Stress, excited semua ada. Kalau nak tahu, try lah kerja dekat tempat yang ada bela or jaga species animal macam ni (cth nya macam Sepilok Orang Utan or Matang Wild life). Best, seriously best .

http://www.dailymail.co.uk/news/article-2470471/Funny-moment-orangutan-attempts-food-box-watched-otter.html

P/s : Saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi gambar sebenar yang di ambil semasa menjalankan projek2 berikut atas sebab2 tertentu. Jadi saya gantikan dengan gambar2 yang diperoleh dari sumber2 lain.