Friday, 23 June 2017

Interview oh interview



Interview kerja 

Assalamualaikum girls and boys !

Di entry ni saya nk share my first experience pergi interview. Firstly, of course lah saya buat sedikit pencarian melalui internet, youtube dan seangkatan dengannya.. ye ah first time kot. Kene lah prepare sikit sebelum nk pergi interview. Pastu ada lah buat sikit script just untuk rujukan time hari kejadian tu nanti. 

      Tips yang boleh dipraktikkan sebelum, semasa and selepas pergi interview:

    # Pemakaian ~ semestinya korang perlu memakai pakaian yang bersesuaian dengan kerja yang dimohon. Contohnya kalau korang mohon jawatan sebagai guru atau kerja2 di pejabat, korang kena lah pakai pakaian yang formal. Tetapi jika korang mohon jawatan yang memerlukan korang memakai pakaian yang mudah untuk bergerak, maka tak perlulah pakai pakaian yang formal, cukuplah sekadar kemas dan tidak terlalu over. Contohnya macam jawatan sebagai pembantu perubatan atau bekerja di ladang2 dimana baju kurung memang sangatlah tidak sesuai.
     
     # Script soalan dan jawapan semasa interview ~ yang ni korang kene lah berusaha sikit. Bak kata pepatah nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Better prepare lah awal.. so nanti takde lah tergagap2 time nak jawab kan. (klu company2 besar selalunya tanya dalam English ..tp depend jugak pada interviewer tu nak soal dlm bahasa ibunda atau pun English)

# Masa ~ masa adalah perkara yang sangat diambil perhatian oleh majikan. Hal ini kerana, melalui masa kita dapat lihat dan menilai seseorang itu sama ada dia boleh buat kerja on time or not .. masa sangat penting wey. Kalau boleh datang lah awal masa hari interview tu ..

# Ucap terima kasih ~ sebelum nak beredar balik tu ucap lah terima kasih dekat interviwer tu. senang je pun, tak memerlukan tenaga yang banyak pun untuk ucap dua patah perkataan tu. 

Masa saya interview tu saya prepare script dalam English. So banyak kali jgaklah practice..supaya tak tergagap time jawab soalan dari interviewer tu nanti. Last2 interviewer tu pakai rojak (English + Bahasa Melayu) so, saya pun apa lagi..pakai rojak jugak lah..haha.

Terus terang saya cakap, pengalaman pertama kali diinterview ni memang sangat2 memberi kesan pada saya. Semua perasaan ada excited, nervous, gembira.. semua ada lah. Tapi memang best. Lagi2 dpt majikan yang sporting, peramah dan baik hati.