Assalamualaikum and Hi
everyone !
Hari ni saya nak continue balik cerita dari entry yang lalu (nak tahu apa ? sila lah buka ye). Hmm dari mana nak start eh ? Okay lah
pada entry yang lalu saya hanya cerita pasal pengalaman before kitorang pergi
internship kn..sekarang saya nak kongsi cerita dari first day saya bergelar
pelajar intern. Internship kat mana ? haha. Dah ambil bidang kesihatan haiwan, mesti lah kene buat internship dengan binatang kan. hehe
Apa perasaan bile tarikh lapor diri dah nak dekat ?
Semestinya excited + takut (supervisor aku nanti garang ke tak eh? Strict sgt
ke dia eh? ) plus macam2 lagi lah.. Based on org jugak sbb setiap org ada
pendirian masing2 kan..Pada saya lah kan..saya excited jugak lah sbb nak jadi
budak intern kt Zoo Negara, lg pun saya dah kenal beberapa zookeeper dekat zoo tu sbb
sebelum ni saya dah banyak kali buat volunteer kt sana, so tanggapan saya semua
yang positif2 je..hehe. And memang sebelum start praktikal lagi saya berharap
sangat yang semua staf yang saya akan bekerja dengan dorang nanti semuanya okay
and happy go lucky gitu.
Disebabkan excited sgt esok nak lapor diri, malam tu
lg saya dah prepare semua keperluan yang kena bawa (p/s Pastikan semua borang2
penting dah masuk dlm beg siap2 okay, supaya nanti tak ada lah kelam kabut = )
).
Lapor diri sepatutnya jam 8 pagi, tapi sebab first
day kan..kene lah datang awal. Saya 7.15 pagi dah sampai zoo (excited lah
katakan..) . Then, lepas dah lapor diri apa semua, kene lah dengar peraturan2
as an intern student. Lepas dah selesai dengar taklimat, after that, baru lah
kitorang diambil oleh Mr. X salah seorang staf dari Hospital & Veterinary Services
Department. (Wuu special sangat kitorang ni, siap dijemput).
Perasaan time tu bercampur baur dah..ye lah, tengok muka dia macam garang
je..saya pun ckp dengan member saya yg praktikal sama “Weyh dia ke
supervisor kita ? Habislah .. muka garang sangat + senyum pun tak. Ni yang
takut ni”. Mr. X tu bawak je kitorang sampai lah dekat Zoo Veterinary Hospital
(ZVH). Sepatah pun dia tak cakap apa2 time tu. Kitorang pun ikut je lah dia.
Then apa jadi dengan kitorang ?? Haa ..nak tahu lebih lanjut kene lah tunggu
entry yang akan datang .. hehe . Okay bye bye . Assalamualaikum !
Bak kata pepatah .. ”Tak kenal maka tak cinta”
Gambar bersama intern dari ipt lain. Dua orang jejaka tu dua2 masuk lebih awal dari kitorang. Even though we're come from different places but we're from same department :)