Friday, 15 July 2016

Industrial Training (part 2)



Assalamualaikum and Hi everyone !

Hari ni saya nak continue balik cerita dari entry yang lalu (nak tahu apa ? sila lah buka ye). Hmm dari mana nak start eh ? Okay lah pada entry yang lalu saya hanya cerita pasal pengalaman before kitorang pergi internship kn..sekarang saya nak kongsi cerita dari first day saya bergelar pelajar intern. Internship kat mana ? haha. Dah ambil bidang kesihatan haiwan, mesti lah kene buat internship dengan binatang kan. hehe
Apa perasaan bile tarikh lapor diri dah nak dekat ? Semestinya excited + takut (supervisor aku nanti garang ke tak eh? Strict sgt ke dia eh? ) plus macam2 lagi lah.. Based on org jugak sbb setiap org ada pendirian masing2 kan..Pada saya lah kan..saya excited jugak lah sbb nak jadi budak intern kt Zoo Negara, lg pun saya dah kenal beberapa zookeeper dekat zoo tu sbb sebelum ni saya dah banyak kali buat volunteer kt sana, so tanggapan saya semua yang positif2 je..hehe. And memang sebelum start praktikal lagi saya berharap sangat yang semua staf yang saya akan bekerja dengan dorang nanti semuanya okay and happy go lucky gitu.
Disebabkan excited sgt esok nak lapor diri, malam tu lg saya dah prepare semua keperluan yang kena bawa (p/s Pastikan semua borang2 penting dah masuk dlm beg siap2 okay, supaya nanti tak ada lah kelam kabut = ) ).
Lapor diri sepatutnya jam 8 pagi, tapi sebab first day kan..kene lah datang awal. Saya 7.15 pagi dah sampai zoo (excited lah katakan..) . Then, lepas dah lapor diri apa semua, kene lah dengar peraturan2 as an intern student. Lepas dah selesai dengar taklimat, after that, baru lah kitorang diambil oleh Mr. X salah seorang staf dari Hospital & Veterinary Services Department. (Wuu special sangat kitorang ni, siap dijemput). Perasaan time tu bercampur baur dah..ye lah, tengok muka dia macam garang je..saya pun ckp dengan member saya yg praktikal sama “Weyh dia ke supervisor kita ? Habislah .. muka garang sangat + senyum pun tak. Ni yang takut ni”. Mr. X tu bawak je kitorang sampai lah dekat Zoo Veterinary Hospital (ZVH). Sepatah pun dia tak cakap apa2 time tu. Kitorang pun ikut je lah dia. 
Then apa jadi dengan kitorang ??  Haa ..nak tahu lebih lanjut kene lah tunggu entry yang akan datang .. hehe . Okay bye bye . Assalamualaikum !


Bak kata pepatah .. ”Tak kenal maka tak cinta”

 Gambar bersama intern dari ipt lain. Dua orang jejaka tu dua2 masuk lebih awal dari kitorang. Even though we're come from different places but we're from same department :)




No comments:

Post a Comment