Tuesday, 30 December 2014

Misi Kemanusiaan di Kemboja

Assalamualaikum ..
 

Okey, sekarang saya nak berkongsi pengalaman saya pulak. Masa saya di tingkatan 5..saya ada mengikuti satu misi yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri Islam Malaysia Negeri Selangor dengan kerjasama daripada pihak Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM). 

  Pengalaman sepanjang berada di sana memang tidak boleh dilupakan..banyak pengajaran dan iktibar yang boleh dipelajari. Antaranya ialah kita mesti bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan Allah kepada kita kerana apa ?? kerana tanpa kita sedari masih ramai lagi saudara-saudara kita yang tidak diberi peluang untuk menikmatinya..antara nikmat-nikmat tersebut adalah seperti tempat tinggal yang selesa, nikmat air yang merupakan keperluan seharian kita dan lain-lain.
Untuk pengetahuan korang .. jumlah masyarakat islam di Kemboja adalah sangat sedikit jika hendak dibandingkan dengan orang-orang yang bukan beragama islam..Alhamdulillah kami diberi peluang untuk melawat sebuah perkampungan islam dengan menaiki sampan yang dibuat oleh mereka sendiri. Sepanjang berada di kampung tersebut..apa yang saya dapati, saudara-saudara kita di sana hanya tinggal di rumah-rumah papan yang langsung tiada bilik ..yang ada bilik pun hanya satu..cubalah kita bayangkan betapa berbezanya kehidupan kita dengan mereka..kita tinggal di rumah yang sangat selesa ..tapi mereka ??Tenaga pengajar yang mengajar mereka mendalami ilmu agama islam kebanyakannya mengajar tanpa gaji.. 


Jika ditanya kepada mereka apa kemudahan yang mereka inginkan..mereka akan menjawab yang mereka mahukan perigi ..kerana apa mereka inginkan perigi ? kerana untuk pengetahuan .. di sana bekalan air bersih amat susah untuk diperoleh.. 

Di bawah ini adalah gambar saya dan sahabat-sahabat yang berpeluang untuk ke sana.







  

Saturday, 27 December 2014

Assalamualaikum..

hmm,,korang kenal Luqman Al-Hakim tak ? Luqman Al-Hakim (Luqman yang bijaksana) adalah anak kepada Faqhur bin Nakhur bin Tarikh (Azar)..oleh itu , Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s atau dikatakan juga beliau anak saudara kepada Nabi Ayub a.s .

Suatu kisah menceritakan, bahawa Luqman telah tertidur di tengah hari lalu kedengaran suara memanggilnya : "Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau khalifah di bumi yang memerintah manusia dengan hukum yang benar ?" jawabnya "kalau tuhan ku menyuruh pilih, akan aku pilih Afiat (selamat) dan aku tidak mahu bala (ujian). Tetapi jika ditugaskan juga, aku akan taat kerana aku tahu bahawa Allah kalau menetapkan sesuatu kepadaku Dia pasti menolong dan memeliharaku.

Kemudian para malaikat un bertanya "Hai Luqman! adakah engkau suka diberi hikmah ?" Luqman menjawab "Sesungguhnya seorang hakim kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, jika tersalah jalan ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia, itu memilih dunia lebih dari akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat. Malaikat takjub mendengar kata-kata Luqman. Apabila Luqman tertidur, dia dikurniakan hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan kata-kata berhikmah ..

Okey .. hari ni saya na berkongsi beberapa pesanan Luqman Al-Hakim terhadap anaknya ..


Pesanan-pesanan ini amat berharga dan amat penting untuk diimplementasikan di sepanjang hayat kita..Antara pesanan-pesanannya ialah :

  • Hai anakku: seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapanmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.
  • Hai anakku: orang yang sentiasa menyediakan dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah maka di tawadduk kepada Allah, dia akan dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.
  • Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam.
  • Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
  • Sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahya dari berkata kotor tentu akan menyesal.


 "Selagi diizin kan oleh Allah untuk hidup di muka bumi ini..maka berusahalah untuk mencari ilmu sebanyak yang mungkin ..jangan lah sesekali kita leka dengan keseronokan dunia sehingga kita lupa tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini.."

Saturday, 20 December 2014

Sugar Glider

Assalamualaikum ..

Hari ni saya nak kongsi serba sedikit cerita mengenai seekor binatang yg pada suatu masa dahulu sangat terkenal dikalangan masyarakat.

Comel kn ?? ni lah dia orang panggil sugar glider (SG)..SG adalah binatang omnivor dan nocturnal dimana aktif pada sebelah malam dan tak aktif pada siang. Pasal tu buat bising menyalak, lompat-lompat sana sini , lebih-lebih lagi sangkar yang penuh dengan alat mainan SG , memang jadi tambah bising lah malam korang. Ia boleh terbang , lebih kurang macam tupai terbang.Ia dikenali sebangai binatang eksotik.




Dulu saya juga pernah membela sugar glider ..memang sangat comel. Kami membelinya semasa dia masih kecil lagi. Kami beri dia makan buah epal setiap pagi , tengah hari , petang dan malam .. Kalau korang nak bela SG..korang kene sediakan sangkar yg besar sebab SG kan haiwan yang suka meloncat dari satu dahan ke dahan yg lain..jadi sebaiknya korang kene ade sangkar yang luas dan tinggi supaya SG senang nak meloncat ..hmm lagi satu, sangkar SG wajib dibersihkan minima 3 hari sekali..paling maksima 1 kali seminggu..sangkar SG kene cuci selalu sebab SG mengeluarkan bau.. Ada 3 jenis bau iaitu :

  • bau yang biasa, normal odor.

  • bau masa musim mengawan, yang ni bau kuat sikit
  • bau dari anal gland, untuk bau dari anal gland ni, SG rembes kalau dalam keadaan takut, mungkin takut dengan kucing or binatang lain kat rumah, so SG akan rembes bau ni.

     

"Kalau ada pengetahuan tak guna juga kalau takde pengalaman, dan kalau ada pengalaman tak guna juga kalau takde pengetahuan. So.. kedua-duanya penting"