Tuesday, 30 December 2014

Misi Kemanusiaan di Kemboja

Assalamualaikum ..
 

Okey, sekarang saya nak berkongsi pengalaman saya pulak. Masa saya di tingkatan 5..saya ada mengikuti satu misi yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri Islam Malaysia Negeri Selangor dengan kerjasama daripada pihak Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM). 

  Pengalaman sepanjang berada di sana memang tidak boleh dilupakan..banyak pengajaran dan iktibar yang boleh dipelajari. Antaranya ialah kita mesti bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan Allah kepada kita kerana apa ?? kerana tanpa kita sedari masih ramai lagi saudara-saudara kita yang tidak diberi peluang untuk menikmatinya..antara nikmat-nikmat tersebut adalah seperti tempat tinggal yang selesa, nikmat air yang merupakan keperluan seharian kita dan lain-lain.
Untuk pengetahuan korang .. jumlah masyarakat islam di Kemboja adalah sangat sedikit jika hendak dibandingkan dengan orang-orang yang bukan beragama islam..Alhamdulillah kami diberi peluang untuk melawat sebuah perkampungan islam dengan menaiki sampan yang dibuat oleh mereka sendiri. Sepanjang berada di kampung tersebut..apa yang saya dapati, saudara-saudara kita di sana hanya tinggal di rumah-rumah papan yang langsung tiada bilik ..yang ada bilik pun hanya satu..cubalah kita bayangkan betapa berbezanya kehidupan kita dengan mereka..kita tinggal di rumah yang sangat selesa ..tapi mereka ??Tenaga pengajar yang mengajar mereka mendalami ilmu agama islam kebanyakannya mengajar tanpa gaji.. 


Jika ditanya kepada mereka apa kemudahan yang mereka inginkan..mereka akan menjawab yang mereka mahukan perigi ..kerana apa mereka inginkan perigi ? kerana untuk pengetahuan .. di sana bekalan air bersih amat susah untuk diperoleh.. 

Di bawah ini adalah gambar saya dan sahabat-sahabat yang berpeluang untuk ke sana.







  

No comments:

Post a Comment