Saturday, 27 December 2014

Assalamualaikum..

hmm,,korang kenal Luqman Al-Hakim tak ? Luqman Al-Hakim (Luqman yang bijaksana) adalah anak kepada Faqhur bin Nakhur bin Tarikh (Azar)..oleh itu , Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s atau dikatakan juga beliau anak saudara kepada Nabi Ayub a.s .

Suatu kisah menceritakan, bahawa Luqman telah tertidur di tengah hari lalu kedengaran suara memanggilnya : "Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau khalifah di bumi yang memerintah manusia dengan hukum yang benar ?" jawabnya "kalau tuhan ku menyuruh pilih, akan aku pilih Afiat (selamat) dan aku tidak mahu bala (ujian). Tetapi jika ditugaskan juga, aku akan taat kerana aku tahu bahawa Allah kalau menetapkan sesuatu kepadaku Dia pasti menolong dan memeliharaku.

Kemudian para malaikat un bertanya "Hai Luqman! adakah engkau suka diberi hikmah ?" Luqman menjawab "Sesungguhnya seorang hakim kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, jika tersalah jalan ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia, itu memilih dunia lebih dari akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat. Malaikat takjub mendengar kata-kata Luqman. Apabila Luqman tertidur, dia dikurniakan hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan kata-kata berhikmah ..

Okey .. hari ni saya na berkongsi beberapa pesanan Luqman Al-Hakim terhadap anaknya ..


Pesanan-pesanan ini amat berharga dan amat penting untuk diimplementasikan di sepanjang hayat kita..Antara pesanan-pesanannya ialah :

  • Hai anakku: seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapanmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.
  • Hai anakku: orang yang sentiasa menyediakan dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah maka di tawadduk kepada Allah, dia akan dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.
  • Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam.
  • Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
  • Sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahya dari berkata kotor tentu akan menyesal.


 "Selagi diizin kan oleh Allah untuk hidup di muka bumi ini..maka berusahalah untuk mencari ilmu sebanyak yang mungkin ..jangan lah sesekali kita leka dengan keseronokan dunia sehingga kita lupa tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini.."

No comments:

Post a Comment